Followers

Latest Comment

Thursday, July 28, 2011

- PPAS, Section 13 Shah Alam

Dah seminggu lebih rupanya Chik Na tak update blog... minta maaf lah yea. Rabu n Khamis lepas Chik Na kurang sihat..demam, selsema n batuk, sampai tak boleh nak bangun. Nsib baik Ashu ada kat rumah so boleh la dia tolong jadi drebar hantar anak sekolah. Kemudian Faiz plak demam. Bila dah baik demam, Faiz sakit mulut plak now ni...dah 3 hari terpaksa masak bubur nasi untuk dia...Kesian dia nak bercakap pun tak boleh, pakai bonjela tak ok ok jugak... Ingat jap lagi nak p kedai ubat cina plak..kut-kut depa ada ubat mujarab. Ataupun, u all ada tak petua-petua untuk hilangkan ulcer kat dalam mulut...

Dah lari dari tajuk plak. Last Sunday, kami ikut Ari p library kat section 23, 13 (nasib baik one simple mother tanya ;-)), Shah Alam. Ari selalu p library buat ulangkaji untuk peperiksaan paper part-time study dia. Library ni baru launch 22 Julai ari tu... Library baru yang sangatlah cantik... rasa macam malas nak balik bila dok situ. Jom layan gambar yang Chik Na snap kat library baru tu

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Dari depan..berhadapan dengan Kelab Golf Abdul Aziz

Ada pokok buatan kat bahagian children tingkat G

Sususn atur yang penuh warna keceriaan di bahagian kanak-kanak


Berkonsepkan santai..banyak bean-bag yang besar-besar untuk anak-anak baca buku

Faiz syok baca buku  pasal dinosour

Ada section untuk main nintendo wii... kalau tak silap RM 1 sejam

Baca buku kat bawah pokok :-)

Ada disediakan komputer untuk internet access..brand Mac n Hp... RM 1 untuk sejam

Di ruangan yang agak santai level G .. di sini disediakan pelbagai jenis suray khabar

PPAS ni ada 4 level..level  G: kanak-kanak n zon santai-mantai, 1 : remaja, 2 n 3 : dewasa

Di setiap aras disedia computer untuk internet access

Ruangan membaca dan menelaah yang cozy... tepi tingkap tu mengadap tasik..sungguh mendamaikan

Terasa macam dirumah bila dapat lepak kat sofa yang cantik macam ni

Tuan blog sempat berposing kat kerusi bulan yang empuk ni..maunya terlena kalau dok sorang-sorang dalam ni



Kat PPAS ni juga ada disediakan surau di setiap aras. Ada kedai buku  dan gymnasium n kafeteria juga akan disediakan selepas bulan puasa nanti.

So sesiapa yang berada disekitar Shah Alam boleh la melepak di PPAS yang cantik ni :-).



21 comments:

  1. Sungguh bersih dan teratur. Semoga memberi manfaat yang bukan sedikit untuk para pengunjung. :)

    ReplyDelete
  2. chik na..cantik nya library kat shah alam..sek 23 kan..nnt cuti ujung thn nk bawak anak g sana..mgkn kita blh dating2 ? hehe..akak suka lepak kat kedai buku..so klau di library samalah janji ada buku..syoknya..

    ReplyDelete
  3. Kalau cantik macam ni bukan anak2 je suka, kita pun suka ni chik na hehehe

    ReplyDelete
  4. Nampak sungguh selesa. Kalau kakak pun macam Chik Na kata macam tak nak blaik. Tempat makan, surau, computer semua ada apa lagi bestnya...:)

    ReplyDelete
  5. chik na: sek 23 ke 13? kat fb kata 13 konfius jap.. hehehe.. memang bagus kan diorg buat interior gini. boleh menggalakkan minat kita dtg library. secara x langsung menyemai minat suka membaca.. :)

    ReplyDelete
  6. syokkkknya
    macam nak gi lah jugak
    tapi jauh le chik na
    cantikkkkkk sgt :)

    ReplyDelete
  7. Cantik & selesa. Kalau still tinggal di Selangor, pasti setiap minggu melepak di sini.

    ReplyDelete
  8. ish harus i bawak hasya ke sini...mesti dia suka nih..

    ReplyDelete
  9. cantiknya library. bahagian budak2 pun maenarik, colorful! duduk situ seharian pun takpe. ehe..

    ReplyDelete
  10. cantiknya!!!!!!!

    Canggih dan bangga menjadi rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
  11. bestnye library tu kak! teruja saya tgk...

    heheh comelnya sofia pakai klip hehehe ;)

    ReplyDelete
  12. cantik. nampak modern kan.

    ReplyDelete
  13. Cantiknye. especially tempat children tu. well arranged. Menarik :)
    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  14. kakciks: insyaallah kakcik..bila library cantik mcm ni mesti ramai yg akan rajin dtg sinin :)

    saniah: silap seksyen 13

    ReplyDelete
  15. Lady: cantikkan!!!

    Kakzakie: yg chik na suka sbb nanti ada gym...seperate plak tu antara women n men

    OneSimple mother: tersilap la..seksyen 13..dekat je ngan rumah Lyn

    Saniah: boleh aja kalu nak dating-dating...

    ReplyDelete
  16. kak kasihredha: kalau ke shah alam, maybe boleh singgah :)

    TeratakHami: i wish library kat area rumah ni pun macam tu..

    zarin: mesti hasya suka nanti...lagipun kat children section tu depa tak marah pun kalu buat bising

    ReplyDelete
  17. Nadiah: haah boleh lepak seharian...tambah-tambah bulan ramadhan ni..

    Nida: sungguh membanggakan... library dah canggih manggih

    marinahunny: tiap-tiap hari dia pakai hairclip tu walaupun tido malam :)

    ReplyDelete
  18. K.Yan: harapnya keadaan cam gitu kekal sampai bila-bila

    Ijan: selamat berpuasa

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..ramai suka.. berkat usaha suami dan staff kat sana.. lahirnya PPAS yang baru...

    ReplyDelete
  20. Kalau rasa nak layan XD theater... boleh la layan teknologi 6D pertama di Malaysia.. dinasihatkan tidak untuk org sakit jantung... kanak2 dan pregnant mom... saya dah layan haritu... :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum. Nice blog entry. I've been there once. The interior design were awesome. Far way better than the National Library in K.L. Since it's a copyrighted photos. Is it ok if I save some of these photos for my collection? Thank you :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bagi pandangan... lain kali singgah lg yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...