Followers

Latest Comment

Saturday, October 20, 2012

- Bekerja kembali???

Assalamu3alaikum...wth,

Sejak dua menjak ni Chik Na terpikir nak kembali bekerja.....he he he... tapi ada ke employer yang nak ambil pekerja yang dah dekat 6 tahun tak bekerja dan dah mula mencecah 4 series ni ... hu hu hu. Nape yea aku nak kembali bekerja?  Ntah la....tetiba terpikir nak kembali ber"career" lagipun En Zaidi dah mula nak menukar arah untuk kembali bekerja di Malaysia... sebabnya dia dah bosan bekerja dan duduk sorang-sorang kat luar negara. Terdengar-dengar kata-kata motivasi Dr. Tg. Asmadi semasa menghadiri sessi ibubapa kursus motivasi yg Faiz sertai di awal tahun baru-baru ni yang mahukan orang Melayu berjaya dan belajar hingga ke peringkat yang tertinggi

Dulu, Chik Na  mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak yang masih kecil. Kesibukkan kerja sebagai pengurus yang berlanjutan sehingga lepas "office hour" pada masa tu menyebabkan Chik Na sukar untuk memberi perhatian kepada anak-anak, ditambah pula terpaksa menguruskan anak tanpa bantuan En Zaidi yang bekerja diluar negara. Walaupun dibantu oleh pembantu rumah, Chik Na tak terdaya menguruskan anak-anak dengan sempurna... Asyik nak naik angin aje bila dah kepenatan bekerja seharian. Kesian juga anak-anak yang banyak menghabiskan masa dengan 'kakak/bibik' dirumah. Routine kerja masa tu., keluar rumah by 7 am dan sampai rumah pula around 9 mlm. Kadang bila dirumah pun terpaksa bekerja disebabkan Chik Na bertugas dibahagian international,  almaklumlah partners around the globe, walaupun kita dah malam tapi ada partner yang baru pagi.... Itu belum termasuk terpaksa tinggalkan anak-anak bila kena pergi meeting ke luar negara ... bayangkan Chik Na pernah terpaksa ke UK selama seminggu sebaik habis cuti berpantang melahirkan   Sufia. Pernah ada kawan yang buat joke.." Kau laki bini dua-dua international, anak-anak domestic je". Another problem pulak bila bibik buat hal, ada yang mencuri, ada yg nampak baik tapi tak .... semuanya buat Chik Na stress...

Sebenarnya masa Chik Na ambil keputusan untuk berhenti kerja dulu Chik Na memang ada pasang niat untuk kembali bekerja setelah anak-anak dah agak boleh berdikari. Chik Na rasa sekarang mungkin sudah sesuai untuk kembali bekerja. Dulu Chik Na plan sebelum mula bekerja kembali, Chik Na nak tambah ilmu .... tapi sepanjang bercuti lama tu Chik Na masih belum bekesempatan untuk menyambung pelajaran Chik Na. 

Now ni berada dlm DILEMMA.... nak buat master dulu ke nak mula cari kerja.....????

Ya Allah Ya Rabbi... tunjukkan aku jalan yang engkau redhai

13 comments:

  1. Nak kerja balik ke Na?...Why dont you kembangkan business pastry & cake ajer...own business...kerja jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ... kadang terpikir juga nak buat business pastry n cake lebih serius

      Delete
  2. setuju gak dgn komen azi tuh. chikna bole run your own business. :) tapi kalau kata nak kerja or master, both bole buat serentak kot. setuju bab chikna cakap, balik kerja dah lewat lepas tu asyik nak marah anak je. terasa betul saya sebab saya pun gitu. baru 2 org ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasala bila dah penat tu, chik na yg tak kerja ni pun kadang naik angin jugak..kena banyak beristighfar dan banyak doa supaya kita tak mudah baran

      Delete
  3. Ziarah balas..

    chik Na, kita tukar tempatlah..hehe.. just joking.. kalau chik Na ada kepakaran lain, better buat bisnes sendiri mcm kwn2 atas tu ckp.. apapun gluck ~

    ReplyDelete
  4. yelah chik na...komen2 kat atas tu saya setuju jugak. chik na kan pandai baking..rajin dan kreatif lak tu...why not chik na gunakan saja kepakaran dan bakat chik na tu..masih boleh biz kat rumah lagi.

    idea nak sambung master tu pun bagus jugak.. :-)

    ReplyDelete
  5. zarin pun penah terfikir nk kejer balik tapikan bila pikir balik nak kena keluar pagi balik malam terus cancel niat nak kejer balik. hihi now dh sibuk baking rasa mcm ok je lah kejer kat umah je :-)
    chik na kan dh mula amik orders kan..buat la betul2 mana tau kot2 pasni buleh bukak cafe ke..kejer sendiri kagi bagus dari makan gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la zarin jarang update blog now ni..rupanya bisness dah makin kencang.. he he he.. alhamdulillah chik na pun dah mula dpt order dr kawan-kawan n ahli keluarga

      Delete
  6. Mcm k.ani dululh ni....hehehe....tp kalau anak2 dh besar boleh dh keje balik, Chik Na. Sometimes we hv to have our own space sbb bila anak2 dh ada dunia masing2, mrk dh kurang ms dgn kita kan. Slmt buat resume ye chik na..... :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he ... tengah update resume la ni.. tapi hati masih berbelah bagi, kalau boleh nak kerja yg dekat dekat area rumah je :D

      Delete
  7. Salute la dgn Chik Na.... dah berhenti, masih kuat semangat utk keje balik.... eynda dah 12 tahun berhenti keje ni... dah tak konfiden dgn dunia keje... :-D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bagi pandangan... lain kali singgah lg yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...