Followers

Latest Comment

Friday, October 19, 2012

- Cinnamon Roll

Assalamu3alaikum..wth,

Petang ni Chik Na merajinkan diri untuk membuat cinnamon roll feberet family Chik Na. Kebetulan pula ada pastry readymade "Kawanku" yang dah berkurun kat petisejuk... (Chik Na tengah meng"clear"kan petisejuk sebab minggu depan nak balik beraya :D). Mula jatuh cinta dengan cinnamon roll semasa menetap di Dubai pada tahun 2006. Setiap kali ke supermarket Spinneys tak kiralah cawangan mana, pasti beli cinamon roll nih.


 Rupa cinnamon roll yang dijual di Spinneys Dubai... gambar ni Chik Na capture masa singgah stopover di Dubai pada akhir tahun 2010 ... beli kat Spinney berdekatan pejabat MAS di Dubai



Yang ini pula yang Chik Na buat petang tadi..tak sama langsung kan?? tapi tetap menjadi rebutan anak-anak Chik Na petang tadi :D


Senang je caranya tapi Chik Na lupa la nak capture gambar step by step cara buat cinnamon roll nih tapi Chik Na akan try taip caranya bagi u all paham


Bahan-bahannya:-

1 paket readymade pastry " Kawanku" - (room temperature)
1/2 cawan gula merah (brown sugar)
1 tsp serbuk kayumanis
sedikit butter
Caranya:

Caranya:-

- Panaskan oven pada suhu 180'C
- Gaul gula merah dan serbuk kayu manis dengan sebati
- Ambil sekeping pastry kemudian di potong 3 secara memanjang
- Sambung 3 bahagian pastry tersebut dgn menekan dgn jari di tempat sambungan supaya menjadi panjang
- Sapu sedikit butter kemudian tabur campuran serbuk kayu manis dan gula disepanjang pastry tersebut


- Gulung pastry tersebut dan susun di dalam baking tray dan dibakar selama lebih kurang 40 minit

5 comments:

  1. wak pon sukak cinamon roll .. eeeEe

    ReplyDelete
  2. saya pun suka cinnamon roll..buat makan petang..dengan secawan kopi. fuhh..! sib baik baru lepas makan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni ada request dari sufia..nak cinnamon roll lagi..tak puas katanya makan hari tu :D

      Delete

terima kasih kerana sudi bagi pandangan... lain kali singgah lg yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...