Followers

Latest Comment

Thursday, October 18, 2012

- Masjid Umayyad, Aleppo, Syria

Assalamu3alaikum...wth,

Sekejap tadi Chik Na rasa sungguh terkilan apabila membaca newspaper semalam (chik na ni mmg selalu baca paper lewat 1 hari sebabnya adinda Arri bawa balik after balik kerja setiap hari, so masa yg agak lapang utk baca paper after anak-anak p sekolah keesokkan harinya atau pada sebelah malam sblm tido...he he he) pasal Masjid Umayyad di Aleppo hangus terbakar. Rasa sedih dan terharu bila terkenangkan bangunan masjid yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO musnah dijilat api....tambahan pula kami sekeluarga pernah singgah untuk bersolat di Masjid Agung Umayyad semasa percutian kami ke Syria pada cuti akhir tahun sekolah 2010.

hancur luluh melihat bangunan sejarah islam musnah dijilat api - source from reuter

sayang... masjid yg musnah akibat pertelingkahan antara kerajaan dan pembangkang

Gambar dibawah, adalah gambar yang kami capture semasa melawat Aleppo pada 11 Dec 2010.

 Masjid Agung Umayyad, Aleppo

Masjid Umayyad di Aleppo terletak berhampiran dengan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Souk Al-Madina.  Dibina pada kurun ke 8 oleh kerajaan Umayyah iaitu semasa pemerintahan Khalifah Al-Walid. Walau bagaimanapun masjid yg ada sekarang ini adalah yang dibina kembali pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pada kurun ke-13.  Hanya menaranya sahaja yang kekal dari tahun 1090.


 Suka rekabentuk lampunya

 tempat mengambil wuduk untuk kaum muslimah

 Menara Masjid Umayyad








 lampu chandelier yang cantik


Terdapat makam Nabi Zakaria a.s di dlm bangunan Masjid Umayyad di Aleppo

 para pengunjung memberi salam ke atas Nabi Zakaria a.s sambil berdoa


ha ha ha... ari ni jadi terlebih rajin plak..sampai 2 entry Chik Na publish..

8 comments:

  1. nampak mcm tikar siam kat tmpt wuduk wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mula-mula tgk dari jauh pun terpikir tikar siam..rupanya carpet kain nipis...

      Delete
  2. salam chik na
    lamanya x datang sini
    rinnduuu nya
    sayangggnya masjid tu terbakar...memang sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he... minta maaf la..kebizian yg teramat

      Delete
  3. cantiknya senibina masjid tu tp sygnya dah terbakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terkilan sbb tempat bersejarah bagi orang-orang islam

      Delete
  4. Cantiknya senibina masjid ni...sayang sungguh bila ia musnah terbakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut laporan, pihak pemerintah Syria dah mengarahkan usaha pemulihan masjid tersebut...tapi mesti dah tak sama macam yg ori :(

      Delete

terima kasih kerana sudi bagi pandangan... lain kali singgah lg yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...