Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 18, 2012

- Masjid Umayyad, Aleppo, Syria

Assalamu3alaikum...wth,

Sekejap tadi Chik Na rasa sungguh terkilan apabila membaca newspaper semalam (chik na ni mmg selalu baca paper lewat 1 hari sebabnya adinda Arri bawa balik after balik kerja setiap hari, so masa yg agak lapang utk baca paper after anak-anak p sekolah keesokkan harinya atau pada sebelah malam sblm tido...he he he) pasal Masjid Umayyad di Aleppo hangus terbakar. Rasa sedih dan terharu bila terkenangkan bangunan masjid yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO musnah dijilat api....tambahan pula kami sekeluarga pernah singgah untuk bersolat di Masjid Agung Umayyad semasa percutian kami ke Syria pada cuti akhir tahun sekolah 2010.

hancur luluh melihat bangunan sejarah islam musnah dijilat api - source from reuter

sayang... masjid yg musnah akibat pertelingkahan antara kerajaan dan pembangkang

Gambar dibawah, adalah gambar yang kami capture semasa melawat Aleppo pada 11 Dec 2010.

 Masjid Agung Umayyad, Aleppo

Masjid Umayyad di Aleppo terletak berhampiran dengan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Souk Al-Madina.  Dibina pada kurun ke 8 oleh kerajaan Umayyah iaitu semasa pemerintahan Khalifah Al-Walid. Walau bagaimanapun masjid yg ada sekarang ini adalah yang dibina kembali pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pada kurun ke-13.  Hanya menaranya sahaja yang kekal dari tahun 1090.


 Suka rekabentuk lampunya

 tempat mengambil wuduk untuk kaum muslimah

 Menara Masjid Umayyad








 lampu chandelier yang cantik


Terdapat makam Nabi Zakaria a.s di dlm bangunan Masjid Umayyad di Aleppo

 para pengunjung memberi salam ke atas Nabi Zakaria a.s sambil berdoa


ha ha ha... ari ni jadi terlebih rajin plak..sampai 2 entry Chik Na publish..

9 comments:

Nieda said...

nampak mcm tikar siam kat tmpt wuduk wanita.

kasihredha said...

salam chik na
lamanya x datang sini
rinnduuu nya
sayangggnya masjid tu terbakar...memang sedih

Lia said...

cantiknya senibina masjid tu tp sygnya dah terbakar..

Rozita said...

Cantiknya senibina masjid ni...sayang sungguh bila ia musnah terbakar

Chik Na said...

masa mula-mula tgk dari jauh pun terpikir tikar siam..rupanya carpet kain nipis...

Chik Na said...

he he he... minta maaf la..kebizian yg teramat

Chik Na said...

memang terkilan sbb tempat bersejarah bagi orang-orang islam

Chik Na said...

mengikut laporan, pihak pemerintah Syria dah mengarahkan usaha pemulihan masjid tersebut...tapi mesti dah tak sama macam yg ori :(

earliecaffrey said...

The Best Casino For Real Money - DrMCD
You can earn points for 동두천 출장마사지 gambling, prizes, or prizes 충청북도 출장마사지 at most casinos. 강릉 출장안마 However, the higher the prize you 정읍 출장안마 play, the better. Here's 오산 출장샵 a look at the best casino

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates