Followers

Latest Comment

Tuesday, July 2, 2013

Sejadah Putih By Missmass Collection & MAMA Modern Hijab

Assalamualaikum... wth,

Menghilang lagi...tapi kali ni memang lama kan??? Dah 7 bulan lebih... bukan setakat dah berhabuk sakan dan bersarang labah-labah... tapi dah jadi macam rumah tinggal. Sebenarnya been bz dengan business maya yang Chik Na usahakan. Rindu betul denganblog ni ..bukan saja rindu nak menulis dan bercerita disini tapi rindu dengan rakan blogger yang disayangi... lama Chik Na tak menziarahi blog rakan-rakan semua..

Sebenarnya sejak akhir November tahun lalu Chik Na dah mula buat bisness online.. jual Sejadah Putih hasil kerja tangan my-mum tersayang kat Fesbuk. Alhamdulillah fanpage tu dah slowly pick-up dan mula menjana pendapatan tambahan buat Chik Na yg dah lama jadi fulltime housewife nih :D. Maybe rakan blogger yang jadi rakan Chik Na kat Fesbuk perasan ada status update dari Sejadah Putih By Missmass Collection. Kalau u all nak tengok rupa  sejadah putih yang Chik Na jual tu boleh lah ke fanpage Chik Na nih .. SejadahPutihByMissmassCollection.

Ni la rupa header fanpage Sejadah Putih
Bila bisness Chik Na makin meningkat, Chik Na jadi seronok pula berbisness online..yealah kan!! dah lama tak dapat gaji dari hasil titik peluh sendiri... So untuk memantapkan business, Chik Na mula menghadirkan diri ke kelas-kelas yang berkaitan dengan business secara maya nih... Lagi la sibuk sebab setiap hujung minggu ada je kelas-kelas yg Chik Na hadiri.

Kesibukkan Chik Na bertambah bila Chik Na mula menambah potfolio business Chik Na...Kali ni Chik Na buka kedai tudung online pula.. MAMA Modern Hijab... jual tudung fesyen terkini tapi labuh menutupi bahagian dada. he he he... Chik Na mendapat ilham nak buka kedai ni bila Chik Na tengah google nak cari tudung ala-ala Fareeda tapi yang agak labuh. Dalam dok google tuh, Chik Na terjumpa satu fanpage yang Chik Na suka ..jual tudung-tudung yang labuh dan cantik.Apalagi bila jumpa tudung yang berkenan  dihati maka Chik Na decide nak beli tudung tu.. tapi bila tanya, orang tu tak jual retail dia hanya jual borong je. Dari situ Chik Na dapat idea nak buka kedai maya jual tudung pula.. try je lah kan... Dalam hati kalau tak habis tudung tu, Chik Na pakai je sendiri..sbb Chik Na beli berlainan warna..he he he.. Maka..wujudlah fanpage kedua bisness online Chik Na .. MAMA Modern Hijab

Alhamdulillah, dengan teknik-teknik yang Chik Na pelajari masa di kelas-kelas mengenai jualan di internet dan Fesbuk,  kedua-dua fanpage Chik Na dah mula dikenali. Syukur sangat dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada keluarga Chik Na. Sambil menguruskan anak-anak, Chik Na dapat tambahkan pendapatan Chik Na sendiri. 

Di kesempatan yang ada ini, Chik Na nak buat iklan sikit kat sinin...jangan mare... dengan itu Chik Na nak menjemput rakan blogger ke fanpage Chik Na... jom tengok-tengok cuci mata...kalau berkenan boleh pm Chik Na :D  . Rakan blogger yang nak beli produk yang Chik Na jual..sila beritahu kod rahsia kita "BLOGGER".. maka Chik Na akan bagi diskaun RM 5 setiap helai sejadah or tudung yang Chik Na jual.




Jangan lupa kod rahsia kita "BLOGGER"... dan kalau suka boleh laa klik "LIKE" kat kedua-dua fanfage Chik Na... juga share- sharelah fanpage Chik Na dengan rakan-rakan para blogger tersayang.

Sehingga berjumpa lagi....insyaAllah.

3 comments:

  1. All the best!
    nanti aku follow yer...

    ReplyDelete
  2. wah...tak tahu pun chik na buat bisnes. sama-samalah kita berbisnes ya ^_^

    nadiah dah like dua-dua page ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bagi pandangan... lain kali singgah lg yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...