Followers

Latest Comment

Thursday, March 20, 2014

Chewy chocolate Brownies

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni.. been bz with my online store..alhamdulillah. Hari ni menulis sbb nak masukkan resipi Chocolate Brownies yang super chewy nih... memang sedap diakui oleh anakanda Sufia n En. Zaidi :D

Resipi diambil dari blog Kak Nor secubit Garam... thanks Kak Nor for sharing resipi yg besttt dan simple ni.. love it so much.



SUPER FUDGY BROWNIES
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor

Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong.


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/02/super-fudgy-brownies.html#ixzz2wSyRtcMO


2 comments:

  1. rindu btol kat chik na...tau2 dah de biz online.mummy baru verangan nak aktif update semulaa..heheheee

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bagi pandangan... lain kali singgah lg yea

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...